Cita – Cita , impian, angan – angan, masa hadapan & realiti

salam…

permulaan pertama @ ayat pembuka kata ingin aku kongsikan tentang cita-cita… apa itu cita-cita.. NOT cita- cinta tapi adalah cita-cita, our ambition… seringkali kali kita ditanya “apakah cita-cita anda?” acapkali juga kita disoal “dah besar nanti nak jadi apa?” soalan begini biasa kita dengar ketika kita melangkah ke alam persekolan atau ketika kita mula merangkak mengenal dunia…

pada pendapat aku cita-cita berkait rapat dengan masa hadapan… malah ianya adalah seakan suatu perjanjian kosong yang perlu dilunaskan tanpa kita tahu apa yang sebenarnya kita akan jadi… ianya juga boleh dianggap sebagai satu permulaan memasang impian di masa hadapan… uh… ini sekadar pandangan aku membuka bicara…

24 tahun yang lepas, bila ditanya tentang cita-cita… aku keliru atau sebenarnya aku sendiri tidak tahu apa itu cita-cita…. bila ditanya “dah besar nanti nak jadi apa?” aku mula termenung.. nak jadi apa ye… lantas jawapan aku adalah cikgu! “kenapa cikgu?” nah!!! apa aku nak jawab… aku biarkan jawapan itu, bagi aku kerana yang tanya soalan itu adalah seorang guru yang manis dan berlemah lembut maka aku jawab cikgu/guru… “nak jadi MISI tak?”… “XNAK!!!” pantas aku menjawab. tapi kenapa begitu pantas… kerana ketika itu pandangan aku terhadap misi atau jururawat adalah terlalu sempit… aku menerima atau membulatkan  keputusan melalui reality yang aku lihat. “MISI garang! selalu inject orang, marah marah” hahahaha… benar itu yang aku lihat 24 tahun yang lepas!

bila aku tidak lagi merangkak mengenali dunia, aku semakin bijak melihat cita-cita… yup aku masih ingin lagi menjadi guru tetapi guru yang mengajar sekolah menengah! hehehehe… sebab aku sekarang dah tingkatan 5… mana main ajar budak sekolah rendah beb… actually masih buntu tapi masih lagi mempunyai cita-cita… mungkin tidak mahu dianggap tidak punyai objective dalam kehidupan maka aku mengekalkan bahawasanya GURU itu adalah cita-cita ku!

kemudian, aku sudah berjalan mengenal dunia… diterima belajar disebuah IPTS didalam bidang IT… adakah cita-cita ku masih ingin menjadi GURU… YES!!! aku masih lagi ingin menjadi guru tapi aku nak jadi guru untuk orang yang buta IT… benarkah aku nak jadi guru IT atau sebenarnya aku sendiri masih tidak tahu apa yang aku cita kan!!! yup.. IT bukanlah bidang yang aku minat.. malahan aku pening menghadap computer lama – lama… so bye-bye cikgu IT itu bukan cita-cita ku…

sekarang… yup sekarang 2009! ketika aku berusia 30 tahun… aku masih lagi bercita-cita menjadi guru! atau sebenarnya aku sebenarnya guru untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan malah sesiapa sahaja… GURU aku samakan dengan mengajar.. tahukah anda mengajar, belajar tidak pernah ada noktahnya! dan kini aku masih lagi belajar serta mengajar… belajar tentang kehidupan dan megajar diri tentang segala perspective kehidupan… jadi aku adalah GURU…

well… aku adalah seorang jururawat… minda yang sempit tentang kerjaya ini telah aku hapuskan “JURURAWAT = cuci berak orang, kotor, panas baran… keje low classs” YOU ARE DEFINATELY WRONG IF U THINK THAT but AWAK SALAH JUGA JIKA WAK FIKIR nurse adalah seorang yang lemah lembut, sopan, bla..bla..bla… JURURAWAT adalah kata asas bagi merawat! tahukah anda bahawa nurse memang handal merawat walau kadang kala diri sendiri tidak terawat!!! yup!!! that true… itu adalah jururawat! ketika peperangan meletus… keluarga tiada khabar berita tapi tugas tetap dilaksanakan… mmm… that jururawat.. tahukah anda berapa banyak airmata yang ditumpahkan setiap kali pesakit yang dirawat tidak selamat atau tidak pulih… merawat bukan sekadar fizikal yang sakit, malah mental yang sakit (sakit jiwa maka ada jururawat yang bekerja di hospital sakit jiwa) … secara ringkasnya ini adalah cita-cita aku, impian aku kerana disini aku merasai kepuasan… aku rasa puas dengan kerja yang aku buat… aku rasa sedih bila aku gagal! aku rasa sakit bila ada yang sakit… hati aku parah bila ada yang menderita.. hati aku lara bila ada yang dijemput yang maha esa…

jadi dapat lah aku membuat kesimpulan bahawa cita-cita adalah apa yang kita impikan.. sesungguhnya apa yang kita impikan adalah yang menarik yang mampu memberikan kita tahapa kepuasan yang maksimun! maka aku memilih JURURAWAT adalah cita-cita sebenar aku namun aku masih lagi menyimpan impian untuk menjadi cikgu/guru dimasa kan datang! YUP… aku minat mengajar… jadi aku pasang angan-angan suatu hari nanti aku punyai anak didik ku sendiri dibidang yang memberi erti kepuasan dalam diri aku…

pandangan guru yang tadinya sempit kini juga meluas… yup aku kekalkan impian menjadi guru bersama cita-cita yang telah aku capai… so APAKAH CITA_CITA ANDA SEBENARNYA? realiti tidak sama dengan apa yang kita impikan… umpama roda yang berpusing, sekejap diatas… sekejap dibawah… tidak semua roda berpusing kearah jalan yang rata adakala berlopak dan berlubang… tapi cita-cita bukan roda K…

salam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: