:: Berdikari & Berdiri atas tapak kaki sendiri !

salam…

dalam hidup ini kita diajar supaya berdikari dimana kita diasuh supaya tidak mengharapkan pertolongan orang lain… dalam proses pembesaran kita diajar supaya pandai menguruskan diri sendiri, mandi sendiri, belajar makan sendiri tanpa perlu disuap, basuh kasut sekolah sendiri dan sebagainya… dan sering kali kita dengar “belajar buat sendiri… macam mana nak berdikari ni kalau semua orang tolong buatkan”… ye… itu permulaan aku bekajar berdikari… menguruskan diri sendiri. yup alhamdulillah berkat dari didikan aku pandai berdikari.. berdikari yang aku maksudkan aku pandai menguruskan diri sendiri bila aku di kolej, baju basuh sendiri, makan cari sendiri, duit pandai-pandailah jimat.

bila masuk ke alam pekerjaan, aku makin fahan akan maksud berdikari, dimana aku mula bijak menguruskan masa malahan aku telah pandai membuat keputusan didalam sesuatu pekara. pada masa yang sama aku mula belajar pegang duit… maka dengan EGO nya aku berkata “BERDIRILAH ATAS TAPAK KAKI SENDIRI!”

putaran dunia pada paksinya, menyedarkan aku masa telah lama berlalu membiarkan aku berdikari dan terus berdiri atas tapak kaki sendiri tanpa pinjam tapak kaki sulaiman…

yes… aku masih dibumi ambia seorang diri…telah kutinggalkan keselesaan diri, rakan seperjuangan ketawa mahupun menangis, aset yang tak berapa nak ader meneruskan perjalanan kehidupan ku ditanah gersang.

tahukah anda berdikari mengajar kita erti tanggungjawab yang sebenar… tapi tahukah anda bila terlalu bijak berdikari kekosongan adalah milik sendiri… kenapa aku berpemikiran begitu… yup…

duit : alhamdulillah aku ader pekerjaan maka aku ader duit..tak perlu minta tolong dari orang lain… malah dengan rezeki yang ada aku mampu menyara kehidupan keluarga ku… dulu mungkin tapi sekarang tidak lagi… bukan  sebab sekarang dah senag tapi belajar tidak mengharapkan bantuan orang lain… walau pun pada hakikatnya memang memerlukan bantuan sebenarnya… mmm… bab duit is endlessness… aku huraikan bila ada masa…

“keputusan ditangan aku!” – sepanjang 30 tahun aku berjalan atas tapak kaki sendiri… adaakala aku jatuh tersungkur namun aku gagah untuk berdiri dan berjalan semula tanpa minta dipimpim apatah lagi tongkat yang hanya memcacatkan pandangan… jadi aku seorang yang tabah bukan! tapi sedarkah anda ketika aku tersungkur itu aku sebenarnya tidak berdaya…sememangnya aku memerlukan seseorang untuk memapah… kerana aku sudah biasa dengan erti berdikari aku biarkan tangan yang dihulurkan lalu berjalan terdengkut-dengkut… patutkah aku mengeluh…

“sakit” – bab ni memang sadis… entahlah mungkin pertahanan badan aku kuat jadi aku jarang sakit.. setakat pening, sakit perut yang akan datang melawatku setiap bulan (uzur), demam… tu memang aku tak amik kira… aku tetap buat keje aku, sebab aku biasa dengar “a..la sakit sikit tahan je la…” so aku tahan jer… telan paracetamol 2 tablet then sambung buat keje… tapi tahukah anda bila waktu kita sakit sebenarnya kita perlukan perhatian… bukan perhatian umum tapi cukup sekadar ada yang mengambil berat… tahukah anda ketika itu aku memang memerlukan sesiapa sahaja disampingku… tapi aku telah didik untuk menanggung segala kesakitan itu sendiri maka jadilah aku begini… adakah aku sedang minta simpati…

“masaalah” – yup… dalam meniti suratan waktu yang berlalu pelbagai masaalah yang diduga… masaalah ianya mungkin bebanan kerja, konflik bersama rakan-rakan, perbezaaan pendapat… mmm… pelbagai masaalah yang  tersirat dan tersurat… adakalanya aku inginkan pendapat, pandangan dari orang lain.. tapi masaalah aku adalah aku tiada kene mengena dengan orang lain.. jadi aku tanggung sendiri… tapi sedar tak anda ketika masaalah itu melanda bagai tsunami menenggelamkan acheh aku sebenarnya memerlukan pertolongan… tapi aku tak mampu buat begitu kerana berdikari tidak pernah melibatkan orang lain… jadi adakah aku sebenarnya sedang meratap kematian yang tiada bertanda….

argh!!! persetankan semua, aku berpijak atas kaki sendiri so everything aku boleh manage… bolehkah aku! bila ada yang berkata “dia pandai berdikari…” aku mula meludah! kerana berdikari itu adalah terlalu sengsara bagi diriku… atau hakikat yang hakiki aku sebenarnya tidak pandai berdikari hanya ego berdiri atas tapak kaki sendiri! dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang!

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: